Aku menantu yg x bersyukur kah? Aku menantu yg x tahu berterima kasih kah? Atau aku menantu yg x mengenang budi kah???
Di mana salah silap ku hingga aku masih diketepikan seorang ibu mertua???... Salah akukah jika kegagalan perniagaan dulu disebabkan kecuaian dia sendiri??? Disebabkan ketamakan dia sendiri??... Apa kena-mengenanya aku dalam episod drama bisnes itu????
Hingga ke hari ini, ibu mertua yg cuba ku hormati dan cuba ku sayangi.. tetap menolak ku jauh dari hidupnya. Aku tidak pernah bermusuh dengan dia. Ku cuba sedaya upaya menjadi menantu yang baik untuk dia namun aku tetap jahat di mata ibu mertuaku. Hanya kerana anaknya lebih menyebelahi aku dari dia??? Tuhan.. ampunkan aku kiranya aku yang berdosa namun aku tahu isi hatiku... aku tidak pernah membenci seorang yang bergelar ibu walaupun hanya ibu mertua. Tidak ada sedetik rasa bermusuh namun apakan daya ku... kalau huluran salam ku x disambut. Wajah ku seinci tidak mahu ditatapi. Hanya jelingan hujung mata yang kuterima. Sedihkah aku???
Adakah kerana aku tidak pernah menghulurkan wang ringgit, tidak pernah menaburkan kemewahan kepada dia???... Maaf, bukan tanggungjawab aku untuk melakukan itu semua. Ibu mertua aku seharusnya lebih faham situasi aku, situasi anak dia sendiri.... aku bukan menantu yg akan membeli kasih seorang ibu mertua dengan campakan wang ringgit yg tiada keikhlasan. Telah aku curahkan kasih sayang, keikhlasan aku semasa episod drama bisnes dia dahulu. Ku sumbangkan tenaga ku secara percuma tanpa minta balasan wang ringgit walaupun aku terlalu penat dan lelah setelah bekerja seharian dipejabat. Namun, sesuap nasi yg kurasa adalah hak aku dan anak2 untuk di bawa pulang setelah berkhidmat sehingga lewat malam seumpama nasi yang layak diberi kepada seekor haiwan. Kenapa kejinya aku diperlakukan??? Salahkah aku jika mengambil keputusan berdiam diri sahaja???
Hari ini.. setelah aku dan suami bertungkus lumus dengan sebuah episod bisnes yang membawa pulangan besar, seorang ibu mertua itu tidak mahu merestui, tidak mahu mendoakan sedangkan anaknya sendiri memohon restu sang ibu, memohon doa sang ibu.. agar apa yang kami usahakan berjaya demi masa depan semua orang termasuk dia. Apakah aku menjadi punca dia tidak mahu mendoakan, tidak mahu merestui segala usaha anaknya???? Di mana salah ku??? Walhal, aku turut bertungkus lumus, bersengkang mata demi menjayakan usaha kami berdua ini.... Tuhan, kau bukakanlah pintu hati seorang ibu mertua itu.....
Aku adalah seorang menantu.... bukan ANAK HANTU!!!!!!! ok????
Tuesday, February 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment